Friday, February 27, 2009

Suami vs Leteran Isteri

Citer Asalnyer ....

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan berleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.


Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami.

Hj. Ahmad
Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq

Suami
Betoi haji, saya minta tolong sangat pada pak haji ni

Hj. Ahmad
Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena.
Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam...

Suami
Itu saja ke haji

Hj. Ahmad
Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di
kemudian hari

Suami
Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

Isteri
Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi tak adalah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana? Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi. Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter,

Isteri
Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah. Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah. Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

Suami
Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?

Hj. Ahmad
Itulah hang, aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal.
La ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini
hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat
hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas. Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar. Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa.

Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"
Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

Suami
Siapa kau ni, mana bini aku, celaka lah kau kalau kau makan bini aku!

Jembalang
Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan.
Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah

Hah???? moral of the story, jembalang pun tak tahan dengor org yg suka berleter tau !!!

Nak dijadikan stori, ada lerrr hamba ALLAH (put3) ni yg lurus bendul forward gi QUEEN ni sorang... tp, cc nyerr berjela-jela... Dh la geng cc ni mngutuk si QUEEN, ini la antara surat berantai QUEEN kpd hamba rakyatnyerrrr...

Vogue Gitu - 11/12/08
Wei… halo…. Tlg sikit…

Ko kasi aku sorang…
Yang cc berderet tu amende nyerrr….

Ko nak canang kat derang tu aku ni kuat berleter kerr…..

Lain kali kalau nak email tu pandang pandang sikit….

Aku tak puas ati nie….

Hashima - 12/12/08
Sabar jer...maafkan dier,,dier tak bermaksud TU,,,,

Azreen TU innocent tau


Vogue Gitu - 12/12/08
Aku x kira dier bermaksud ker maksud kerrr haperrr kerrr…
Yang aku tau… semua worang dh tau aku ni suka berleter….
Ko ni, suka sangat nak backing dier tu naperr… Jgn nak subahat ngan dier lak…
Kalau ko leh dengar aku nyer leter baru tau langit tinggi rendah…
Ini pun aku malas nak taip jerrrr…. kalau tak panjang lebar leter aku kat sini…..

mmmm…. Berleter berleter pun last-last laki dier tak senang idup gak…
siap gi cari lagi… baru menyesal tak sudah….

Haliza - 12/12/08
LAAAAAA X ABES2 LG KEEEEE
KO NI ADE KANG KNE BALING MASOK PERIGI TU KANG.....

Vogue Gitu - 12/12/08
Huissshhhh, mana ko tau aku dari Baling…
Betol la tu… kampong aku kat Baling…..

Sedara tak kita…..?????
Atau ko buat buat tak kenal kaum tak…????

Hang pe khabaq…???? Mengkala balik kedah…????

Nurul Ashiqin - 12/12/08
dah la.. reply xyah nk cc kt org... xpsl2 aku pon pning... huhuuu... (dah la xnal mereka2 ni..)

Vogue Gitu - 16/12/08
Maaf la lambat reply… bos aku yang sorang tu… ugut nak picit-picit aku kalau aku reply lagi… (takut jugak aku… kang terpicit lain pulak jadinyerr… haru biru, kacau bilau) Jadi, aku kool down jap…
Anyway… everyone know me… I tak nyenyak tido 3 ari 2 mlm kerna tak dapat reply email ko ni… Jadi ari ni harap terbalas dendam aku….

Cik Ashiqin….

Ko ni potong line betol laa….. aku baru kenai sedara dari Baling ko dah kacau daun…

Kalau pening tampal la koyok… Tak kenal maka tak cinta..???
Toksah dok peduli email kiteorang ni… pi pi buat keja… kang tak pepasal kena buang keja.. aku jugak yang salah…

Nasib baik, hang ni kawan dak Nurul…
Kalau tidak.. kalau tidak….

Errmmm ngak pape…..

Vogue Gitu - 11/12/08
Leter leter pun… last last gi cari gak bini dier tu…
Tak tenang gak idup dier…

Heeee heee heee

Errr Su,
Ko pekabo…????
Seronok jd mak ni….???
Best tol tak tido mlm kan…????
Aku nak gi umah ko, tp xder sesape ajak aku pun…
Tunggu ko balik pasir putih lerrrr…



Korang tak teringin kerrr nak nyampok..???



Jom Rileks Sat..!!!!

Meaning of WIFE...

Husband : Do u know the meaning of WIFE???? It means "Without Information Fighting Everytime.."!!!

Wife : No, it means "With Idiot For Ever.."!!!


Wife Revenge

Husband : When I get mad at u, u never fight back. How u control yr anger..???
Wife : I clean the toilet..
Husband : How does that help..???
Wife : I use yr toothbrush...

heee heee heee
ambik ko....!!!

No comments:

Post a Comment